Welcome to my blog. don't make noise. talk properly. follow me and i will follow u back. thank you (^_*)

Wednesday, July 10, 2013

kepuasan




Assalamualaikum. salam ramdhan.

menyebut tentang kepuasan. tak semua orang puas dengan apa yg mereka ada. tak semua orang puas dengan apa yang mereka dapat. dan berkemungkinan bole jadi mereka tak puas bila tengok kebahagian orang lain dan kesenangan orang lain.

dalam hidup, kita kena selalu ingat. tak semua orang boleh terima kita seadanaya. bermacam-macam jenis orang yang ada di atas muka bumi ini. bermacam-macam jenis sifat dan perangai ada. 

tapi tak semua orang juga yang tak suka atau tak senang dengan kita. bersyukurlah jika ada yang masih senang dengan kita walaupun seorang tetapi jujur. berbanding ramai orang yang sukakan kita tetapi dibelakang mengutuk antara satu sama lain.

orang yang selalu bercerita tentang kita, kebiasaanya orang yang suka megetahui perjalanan hidup kita yang indah. kerana mereka tidak puas dengan kehidupan mereka sendiri menyebabkan mereka sangat mengambil berat tentang kehidupan orang lain.

orang yang bersikap sedemikian adalah orang yang baik kerana selalu mengingati kita dengan sentiasa ada topik untuk berbicara perihal kita. sedangkan kita tidak mengingati dan tidak mahu mengambil berat tentang perihal mereka.

ALLAH itu maha adil. biar apa sekalipun orang buat terhadap diri kita, dengan berbekalkan kesabaran yang ada dalam diri. suatu hari, suatu saat. masa mereka akan tiba. bila ALLAH kehendaki sesuatu, benda yang sama akan terjadi kepada mereka, apa yang telah mereka lakukan terhadap orang lain ke atas diri mereka semula.

oleh itu, lebih baik mendiamkan diri berbanding dengan berbicara dengan orang seperti mereka. bila kita berbicara kita akan kalah dengan mereka yang diketogerikan dalam orang yang kurang ilmu. jadi mereka tak akan pernah faham dan tak kan pernah tahu apa itu erti kepuasan. waallhualam.