Welcome to my blog. don't make noise. talk properly. follow me and i will follow u back. thank you (^_*)

Saturday, June 30, 2012

mengapa??



mengapa kau pergi
mengapa kau kecewakan
mengapa kau hancuri
mengapa kau membinakan
mengapa kau sakiti
mengapa kau melukakan
mengapa kau memberi
mengapa kau melupakan
mengapa kau akhiri
mengapa kau memulakan
dengan getran jiwa ku kemukakan pertanyaan

tak ingin ku kau pergi
tak ingin ku dikecewakan
tak ingin cinta dinodai
tak ingin dihancurkan
tak ingin ku disakiti
tak ingin ku dilukakan
tak ingin ku kau beri bila kau melupakan
tak ingin ku di akhiri bila kau memulakan
dengan perasaan hampa ku meminta jawapan

di kanan ku cinta penuh bermadu
di kiri ku racunmu
kalimah sakti yang mana untukmu
dapat kau membuat pilihan
agar kita dapat bersama

kau...bisa membahagiakan menceriakan
kau... bisa menggembirakan mempersonakan
aku ingin dicintai mu dan menyintai
aku ingin bila terjaga kau disamping ku selamanya

semoga cinta bersemi semoga cintamu kan dekat padaku
asmara kan mengundang tanpa mengira waktu 
bertahkta di hati mu dan hatiku 
selamanya....


Sunday, June 17, 2012

pengorbanan

assalamualaikum..

untuk entry kali ni, tentang pengorbanan seorang ibu dan ayah yang tak boleh dibayar dengan duit. so, i hope u guys dapat bace sampai habis eyh. thankss :D

okay aku mempunyai 3 orang adik-beradik dan semuanya perempuan. kalau nak berkenalan bole isi borang, tapi no.1 dengan no.2 borang memang tak de copy lebih dah hehe :D

walaupun kesemua nye perempuan, tapi ya ALLAH, hanya tuhan jer yang tawu hehe :D
no.1, AYU iaitu akak aku, no.2, ERRA iaitu aku sendiri dan yang paling last SARAH adik aku.

*akak aku baru jer habis belajar and sekarag dia tegah bekerja.
*aku pulak masih lagi belajar di UNIKL MITEC,johor dalam course quality engineering (nak mention jugak tuu haha :p)
*adik aku sekolah lagi  baru tingkatan satu.

dalam kehidupan aku macam2 ragam ade, mane tak nye walaupun semuanye perempuan tapi kat rumah nie dah macam ape, haru biru dibuat nye. =.= haih, naseb la sape jadi laki kitorang hahaha :D

okay lets start~~~~

(5.30 a.m) : tetering tetering~~~ (chicken dance alarm) favrte alarm ibu hehe :D setiap pagi ibu akan bagun seawal 5.30 pagi. disebabkan ibu bekerja dan tempat kerjanya agak jauh dari rumah aku. ibu seorang yang sangat punctual jika waktu bekerja.

aktiviti harian ibu, setiap pagi ibu akan jemur kain, ibu tak pernah  mengeluh or suruh kitorang adik beradik jemur kain. ibu sanggup korbankan masa tidur dia demi menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang ibu dan isteri. kadang2 kalau ibu sempat, ibu akan buatkan sarapan untuk kami tiga beradik, walaupun kami selalu bagun time lunch, tapi tu dah menjadi perkara biasa hehe :D

walaupun sebok bekerja, ibu masih dapat memberi kasih sayang  terhadap kami tiga beradik dengan cukup. walaupun kadang2 ibu membebel, sampai panas telinga. tapi ibu tetap sayang kami tiga beradik tanpa berat sebelah.

(6.30 a.m.) : kring......kring......kring.........kring.........kring........kring........kring......kring...........kring.............krig........ (ibu snaggup tunggu ayah angkat ganggang telefon walaupun lame) ibu setiap pagi ibu akan call untuk kejutkan ayah pergi kerja.

*ayah sambung tido balik ( tido2 ayam)

(7.00 a.m) : opoocottt!! (aku terkejut lalu terkentut) eeeeuuuuu elaaaa poyoo macam tak biasa kan haha :P  biasa la tuu pagi kan. :D aku terkejut dengar suara ayah.

ayuuu, sraahhhhhh, bagun2, pukul berapa dah nie???

.........................................
.............................
...................
.............
.........
........
........
......
.......
......
....

suasana rumah masih lagi sunyi sepi. akak dengan adik x bangun2 lagi, ayah pown ape lagi pergi satu bilik ke satu bilik :

(1st round)

bilik 1: tokk~~tok~~ akak, bagun2 dah pukul 7 dah nie, x kerja ke hari nie??? bagun2

bilik2: tokk~~tokk~~`tokk~~`tokk~~` (adik suka kunci pintu time tido) adik bagun2 pergi tido dekat bawah, nanti bagun lambat nak pergi sekolah, (adik aku sekolah petang tu yang ayah suruh tido dekat bawah)

....................................................
.....................................
............................
...................
..............
..........
.............
........

sunyi sepi lagi, mcam sia2 jer ayah kejutkan. yang sengsara nye aku, asyik dengar ayah jerit2 jer, akak dengan adik aku nie, bukan reti nak bangun. haishh =.=


(2nd round)

bilik1: ayuuuuuu bagunnnn, dah pukul 7.30 dah nie, kau x kerja ker?? (padahl baru pukul  7.10, saje bagi suspen sikit) baru kelang kabut akak bagun. haha padan muke :D

bilik2 ; adikk bagunn2, pergi tido bawah, (adik bagun sambil buat muke nak makan kaki turun tido dekat bawah)

bilik3 : eeeiiitttt (bukak pintu pelahan2) erraaa, nak makan ape?? nak bihun ker nak kuih apam, (aku pown cakap la, apa2 pown bole x kesah) :D tengok betapa sayang nyer ayah aku kat aku, siap tanye nak makan ape lagi hehe :))))

(10.00 a.m.) : aku dengan adik still tidoo lagi haahaha :D

(12.00 p.m) : adik pown pergi sekolah, tinggal la aku sorang2 dekat rumah, yelaa time tengah cuti sem, rehat2 kan otak, rehat2 kan badan, besar2 kan badan haha :D hati tengah senang :D nanti dah naek sem mula la susah hati, nak buat itu nak buat ini. so, di kesempatan ni, lebih baik aku duduk rumah, sambil2 tuu duit masuk jugak hehe :D

(1.00 p.m) : kalau rajin, aku kemas2 la rumah kan, (orang selalu kemas rumah pagi2, aku kemas rumah tengahari)  nak buat macam mane kan, seharian duduk kat rumah. nak keluar pown bukan dapat haih =.=  sakitt pulak hati kite nie =.=

(5.30 p.m.) : tuit, tuit (alarm kete, walaupun alarm dah rosak haha :p) aku pown jenguk kat luar, oooohh akak balik rupe nye, dengan muke selenge dia, muke seposen dia masuk rumah. soalan yang selalu dia tanye, kau dah makan ker??  dah tentu2 la aku tak makan lagi, dah makanan pown takde, nak makan ape haiah =.=

(6.30 p.m) : tuit..tuit ( alarm motor pulak bunyi, ingat kete je ke ade alarm haha :D) yeahh2 ayah dah balik yeahh haha :D aku memang suka sangat kalau ayah dah balik, nanti ayah mesti tanye, nak makan ape??  aku paling suka kalau ayah tanya macam tuu :D *heaven* lalala :P

tapi kadang2 aku rase sedih, bila ayah balik dari beli makanan, aku tengok just ade tiga bungkus nasi, aku tanye la ayah :

aku: ayah makan ape??
ayah: ayah tak makan
aku: ayah dah makan belum??
ayah: belum lagi, tape makan la
aku: habis tu ayah nak makan ape??
ayah: tape la, ayah tak makan pown tape, asalkan anak2 ayah dapat makan,

( aku sebak gila bila ayah cakap camtu,  tak sampai hati nak makan, walaupun ayah penat, baru balik keje, tapi dia sanggup keluar dekat2 maghrib2 tu pergi beli makanan untuk aku dan adik beradik aku)

bila hari rabu, kalau ayah balik, ayah selalu belikan nasi lemak, dia sanggup singgah pasar malam dulu nak belikan makanan untuk kitorang,

walaupun nasi lemak tuu tak berapa nak sedap, tapi aku tak pernah cakap depan2 ayah, aku takut ayah kecik hati. tapi adik aku tu, mulut dia takde insurans, bole pulak dia cakap depan2. ayah aku terus cakap, kecik hati ayah adik cakap camtu,

time tuu aku tak dapat nak kata apa2, aku teruskan makan. walaupun mata aku nie tiba2 jadi kolam pulak. =.='
 
                                                      ..........................................................

kadang2 ayah aku nie kelakar jugak, boleh pulak dia menari shuffle. haahah tak padan dengan umur hehe :)) tapi best ar.

ada satu hari tu, aku tengah tido, maklom la aku selalu bangun lambat kan. pastu aku dengar kat bawah ade orang menyanyi2. aku ingat sape. rupe nye, adik aku tengah ajar ayah menyanyi haha nak tawu lagu ape???

* bawalah aaaaa ku pergi, ke mana sajaa..* (dalam cite MAN SEWEL)

yang ayah pown satu, nyanyi dah la salah ton. yang adik aku nie pulak ajar ayah aku cari nyanyi yang betul. hahaha. memang memekak la cite dia skang kan. aku tengah sedap2 tido dorang memekak2 kat bawah. sampai aku tak jadi nak sambung tido haih sabarr jela kan. -.-

ibu pulak memang satu kepala ar, umur dah tua, tapi jiwa muda hehe :D best ar, ibu aku nie, kadang2 kalau buat lawak, memang sakit perut ar gelak. macam ape tah. kalau kat tempat kerja pown kawan dengan budak2 muda, ( perasan muda konon haha :p ) sempoiiii habis habak ang. hehe :D

tapi tu laa, orang selalu cakap, untuk mendapatkan keluarga yang bahagia mesti la diselitkan dengan gurau senda dengan anak2 kan kan, baru la rumah kita tak sunyi jer. even though, my parents keje siang malam, diorang tetap tak mengabaikan kitorang.

ibu dengan ayah selalu pesan, ayah dengan ibu tak kesah  korang nak berkawan dengan sesiapa, asalkan tak buat benda bukan2, kalau rasa dah cukup duit tu, datang rumah, kawin terus, (okayy green light pown dah dapat kan haha :p )

orang dekat sini, bukan boleh tengok anak orang lain senang sikit, sebok nak jaga tepi kain orang lain, kain sendiri yang terlondeh tak nak tengok.  almaklom lah, adik beradik aku nie semua perempuan, so, jadi tumpuan sikit la. that's why, aku tak berapa suka sangat nak keluar lepak depan rumah.

aku selalu berdoa, agar dijauhkan segala perkara yang tak elok terjadi dalam keluarga aku, aku tak nak kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

tapi tu semua perancangan manusia, yang menentukan segala nya adalah yang maha esa. jadi sama2 lah kita berdoa yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita keyh.

so, the conclusion is, before kita nak buat benda yang tak betul, kita sentiasa lah kene pikir kan kedua ibu bapa kita, aku pown bukan nyer baik sangat, kadang2 tu buat jugak jahat nyer kan hehe :D tapi2 apa2 pown, kena pandai jaga diri masing2 tu je yang penting keyh.
             
S.A.LA.M



sincerely from : FAZIRA NARUZAMAN :D

Tuesday, June 12, 2012

ada apa dengan nama?


assalamualaikum :D

entry kali ni tentang ada apa dengan nama??  okay, setiap orang mestila ada nama kan kan. so, aku pown ada nama jugak hehe :D  okay2 let continue~~

nama aku NURUL ERRA FAZIRA BINTI NARUZAMAN. nampak macam aku maen2 kan? tapi tu memang nama sebenar aku. kalau orang tak kenal aku then dia mesti tanya nama kan. bila aku cakap nama aku sebenar diorang ingat aku maen2. dah tak kan aku nak  kene sampai tunjuk IC aku kat orang kot haih =.=

tapi tape la, aku dah biasa dah, aku tawu kalau orang baru kenal aku, bila dengar nama aku mesti kena kutuk punya, yela mana tak nyer, nama nak TOP je kan. entah2 nama asal MINAH BINTI MANTOPO kn. 

kadang2 tu aku pelik, bila ada sesetengah orang ni, sanggup tukar nama or mengFAMOUSkan bunyi nama tu, contoh macam FATIMAH= FATTY, KHATIJAH=KATTY, Semuanya nak yang alaa2 omputih kan. 

kita kena la bangga dengan nama kita sendiri, setiap nama ada maksud tersendiri yang mak ayah kita bagi kan. 

aku ni pown bukan nyer nak sangat nama yang ala2 yang konon nyer nama artis tu kan. dah ibu ngn ayah aku yang bagi nak buat macam mane kan =.=  aku kalau boleh nak tipu nama aku kat orang laen. panggil aku JOYAH ker, PEAH ker, LIMAH ker, SAODAH ker. okayy jugak tuu haha :D baru senang orang nak ingat nama kita, hehe :P

time aku form4,5 cmtu ade member aku sorang nie, suka panggil aku BOBOT or BEBOT something like that la, bila aku tanye kenapa? diorang cakap sebab aku jalan macam robot. haha tapi aku tak kesah. at least dorang selalu ingat aku, hehe that so weird. ^.^ 

pastu, aku ingat lagi, time aku sekolah rendah, aku penah potong name tag aku, sebab cikgu bubuh nama penuh aku, aku malu then aku pown gunting la nama aku jadi NURUL ERRA jer. so, name tag aku aku tu jadi pendek la kan. haha. aku bukan peduli. asalkan orang tak tawu nama penuh aku hehe :D

tapi kan, persoalan nyer sekarang! dari aku kecik sampai la sekarang, ramai yang tanya aku, macam mana ibu ngn ayah boleh letak nama macam tu?? bila aku tanya ibu aku, dia mesti jawab, (sebab time tuu ramai orang letak nama erra, lepastu ibu tambah jelaa nurul dengan fazira,then jadi lah nama kau NURUL ERRA FAZIRA).  tapi kadang2, aku menyesal tanya, sebab macam main2 je kan ibu aku jawab haih =.=

ada jugak yang tanya aku, eyh time tuu ERRA FAZIRA dah famous ker?? lah kau pown, tanya aku soalan tu, macam laa aku nie dah bole berfikir time tu kan, bengong. =.= aku pown kurang pasti la dia dah famous ke belum time tu. ermm ada sapa2 tawu tak al-kisah ERRA FAZIRA tuu. bila dia famous, bila dia tukar nama dia?? kalau ada sapa2 yang tawu boleh la bagitawu aku eyh. hehe :D kerjasama anda amat dihargai hehe :D

so the conclusion is, proud with your own name. :D peaceee (Y) 

sincerely from :



Wednesday, June 6, 2012

dengarlah bintang hatiku



dengarlah bintang hatiku
aku akan menjagamu
dalam hidup dan matiku
hanya kaulah yang ku tuju
dan teringat janjiku padamu
suatu hari pasti aku kan tepati
aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
walau ku tahu ragamu tak utuh
kuterima kekuranganmu 
dan ku tak akan mengeluh
kerna bagiku engkaulah nyawaku


Saturday, June 2, 2012

what's make you happy?

assalamualaikum.

okay, entry kali nie ialah what's make you happy?. okay, ape yg membuatkan korang happy?? setiap orang ada cara tersendiri utk happy kn kn :D ade orang cakap dia happy bila makan banyak2, dia happy bila dapat tido, dia happy bila sport, and macam2 cara orang untuk menghappy kan diri masing2. hehe :D

kalau macam aku, if ada problem, aku lebih suka diam daripada bercerita, bila betul2 aku rase dah ready nak bercerita, baru la aku mula bercerita. bila aku rase sedih, aku akan hilangkan sedih aku tuu dengan lepak dengan membe2 . dorang jer yang bole buat aku happy. 

sebenarnyer bukan senang nak sembunyikan perasaan sedih kita, time tu tuhan jer yang tawu, betapa sakit nyer hati kita nie nak menahan benda tu sorang. kadang2 tengah kita seronok bercerita, bergelak ketawa, kita tak sedar tiba2 air mata kita akan mengalir dengan sendiri. 

actually, kita saja je bergelak ketawa sampai terkeluar air mata. tu sebab kita dah tak dapat tahan lagi rasa sakit yang kita pendam sorang2. mungkin orang tak perasan yang kita sebenar nyer tengah menagis.

yess!! aku penah rase betapa sakit nyer menahan kesedihan tu, kadang2 memang susah nak kawal. kita kene berlakon happy depan orang, kita kene buat perwatakan biasa.  kadang2 kita mula terpikir nak buat somethng crazy, but kita jugak kene ingat yang ALLAH sentiasa melindungi dan bersama kita. 

mereka2 nie adalah orang yang penting dalam hidup aku, aku sayang mereka sangat2 sebab mereka sangat memahami aku. wht matter happen, insyaallah mereka sentiasa bersama aku.


mereka2 nie pulak, orang yang selalu buat aku happy, dorang nie dah macam family aku sendiri masa aku duduk dekat johor. aku selalu lepak2 dengan dorang, buat keje gile dengan dorang and sume nyer dengan dorang. kalau korang tak de, mezti aku sunyi kan. btw aku pown sayang korang jugak. nati naik sem kita gathering sama2 lagi, layan movie sampai subuh. hehe :D